Logo-AMM-Latest.png

Tentang Kami

Aman Muslim Malaysia (AMM) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah mula bergerak sekitar Februari 2019 dengan dana dan bantuan daripada keluarga serta kenalan sahaja.

Walaubagaimanapun menjelang akhir tahun 2019, AMM merasakan bahawa ramai lagi yang perlu dibantu dan diberikan makan. Oleh yang demikian AMM telah membuka keahlian dan membuat hebahan di media sosial untuk mengutip dana dalam menjayakan misi ini.

Ekoran daripada munculnya wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 baru-baru ini, kami di AMM telah berjaya membantu lebih daripada 300 keluarga, 100 individu serta petugas-petugas di barisan hadapan dari segi bekalan makanan, barang dapur, susu dan pampers.

Tempoh PKP yang telah dilanjutkan oleh kerajaan telah memberi kesan kepada pekerja harian dan peniaga kecil dalam kelangsungan hidup mereka. Oleh yang demikian, AMM dengan penuh rasa rendah diri memohon kepada tuan puan yang budiman agar terus menderma untuk sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, kini, Pertubuhan ini telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan menggunakan nama Pertubuhan Aman Muslim Malaysia (PAMM). 

Jazakallah Hukhoiron Kasiiron.

“Perbuatan apa yg terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasul menjawab, Yaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)

Misi Kami


Membantu masyarakat khususnya di negara ini dalam memberikan bantuan makanan, pakaian serta keperluan asas kepada insan yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa atau warna kulit.

 

Visi Kami

Membantu seramai mungkin insan-insan yang memerlukan berteraskan dakwah dan pendekatan kasih sayang sesama manusia.

Kami Perlukan Sokongan Anda Hari Ini